Samsung Galaxy Note 7 Kalis air Diumumkan 02 Ogos 2016 Bersiaplah
Samsung Galaxy Note 7 Diumumkan 02 Ogos 2016 Bersiaplah. Kawanku dimana berada kali ini kami akan umumkan mengenai news Samsung Galaxy Note 7. Samsung telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan model perdana Samsung Galaxy Note 7 pada 2 Ogos ini. Mereka juga telah menghantar jemputan pada media yang akan diadakan pada tiga lokasi serentak iaitu New Work, London dan juga Rio De Janeiro.
Seperti yang kita tahu, Sepatutnya Samsung melancarkan Samsung Galaxy Note 6 pada tahun ini namun ia telah dilangkau kepada Samsung Galaxy Note 7. Menurut Samsung, ianya kerana mereka ingin selaraskan bersama Siri Galaxy S seperti terdapat pada Galaxy S7 dan S7 Edge yang telah dilancarkan Februari lalu.
Spesifikasi Samsung Galaxy Note 7
Mengenai spesifikasi Samsung Galaxy Note 7 masih lagi belum disahkan. Beberapa sumber turut menyatakan model premium ini akan hadir dengan skrin bersaiz 5.8 inci dengan sisi lengkung di kedua-dua sisinya. Kemungkinan besar juga Note 7 tidak didatangkan dengan versi skrin rata seperti sebelumnya.
Samsung Galaxy Note 7 |
Selain itu, Samsung Galaxy Note 7 dijangka hadir dengan ciri-ciri kalis air dengan pengiktirafan IP68. Di bahagian dalamnya pula hadir 6 GB RAM, 3600 mAh bateri, 12 MP kamera utama dan juga 5MP kamera hadapan.
Demikian info telefon pintar terkini Samsung semoga berfaedah.amin
0 Response to "Samsung Galaxy Note 7 Kalis air Diumumkan 02 Ogos 2016 Bersiaplah"
Post a Comment